Tuesday, October 26, 2004

Keranamu Hawa

Ku buka lembaran sejarah
mengintai genggaman lembut kudus
jejari insan bernama hawa
menitis darah ke persada juang
demi maruah dan kehormatan

Bisikan Balqis menerjah fantasi
Negarakota terbina penuh kuasa
dengan kejujuran suci
terbuka pintu hijab
mengadap kiblah ilahi
bersama landasan Sulaiman
terjahan suara gemilang
menyeru kebesaran Tuhan
segenap pelusuk alam

Darah tumpah di sula dendam
menyimbah bumi Langkawi
bergema 7 keturunan
sumpah mencengkam akar bumi
Mahsuri perawan setia
kerana nafsu nyawa tergadai

Melestarikan lagenda
kehebatan serikandi
Tun Fatimah dan Dang Anum
mempertahankan maruah bangsa
dengan hunusan keris
terjulang adat budaya

Keranamu hawa
saktimu adalah mukjizat
membelai seisi fatamorgana
dengan kelembutan jiwa
tenang seteangnya


0 Comments:

Post a Comment

<< Home